HomeIsu tempatanIsteri TYT Sabah ketuai KK City Fun Ride

Isteri TYT Sabah ketuai KK City Fun Ride

Read Time:38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni mengetuai 300 peserta berbasikal dalam acara KK City Fun Ride di sini pagi tadi.

Kayuhan sejauh 50 kilometer itu dilepaskan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Norliza Awang Alip di Padang Merdeka, Kota Kinabalu seawal jam 7.00 pagi.

Toh Puan Norlidah mengetuai konvoi kayuhan melalui empat perhentian (checkpoint) bermula dari Menara Kinabalu sebagai perhentian pertama dan Tanjung Lipat sebagai perhentian terakhir sebelum ke garisan penamat di Padang Merdeka.

Program berkenaan merupakan salah satu acara yang diadakan sempena sambutan Hari Bandaraya Kota Kinabalu yang ke-23.

Turut menyertai kayuhan KK City Fun Ride, Setiausaha Perhubungan Yang di-Pertua Negeri, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya