HomeSukanSabah catat kemenangan ketiga dalam MPFL

Sabah catat kemenangan ketiga dalam MPFL

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sabah mencatat kemenangan ketiga dalam saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) selepas menumpaskan pasukan ATM 6-0 di Gelanggang Futsal Yayasan Sabah di sini, pada Ahad lalu.

Ini merupakan kejayaan kali ketiga berturut dalam liga tersebut di mana sebelum ini Sabah menewaskan pasukan Kedah 4-2 dan pasukan KPT Mustang 2-1.

Sabah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan bermain di laman sendiri buat kali pertama dengan mencatat kemenangan besar 6-0 selepas permulaan yang hambar dalam perlawanan pertama menyaksikan mereka tumpas kepada Pahang Rangers 9-1.

Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, berkata, kemenangan kali ketiga berturut ini membuktikan pasukan sudah dapat mengembalikan momentum dan rentak permainan mereka.

Katanya, ini satu petanda baik untuk pasukan terus mara memberi persembahan yang lebih baik dalam perlawanan-perlawanan selepas ini.

“Kita lupakan persembahan hambar dalam perlawanan pertama sebelum ini, apa yang penting momentum kemenangan ketika ini dapat kita teruskan,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau memberitahu, Sabah akan meneruskan saingan dalam liga tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri dengan menentang pasukan Terengganu di Kuala Terengganu pada 29 April ini.

Sabah kemudian akan melayan kunjungan pasukan Pulau Pinang di Gelanggang Futsal Yayasan Sabah pada 7 Mei ini.

Sementara itu, David juga menambah bahawa satu perlawanan persahabatan pra-musim empat penjuru akan diadakan di sini pada 14 hingga 16 April ini.

Pasukan itu membabitkan pasukan Sabah FA, Selangor Tot United, Almerez Futsal Club dari Brunei Darussallam dan KK City Futsal Club.

Semua perlawanan tersebut akan dijalankan pada sebelah malam dari jam 9 hingga 11 malam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular