HomeSukanHarimau Malaya mudah benam Hong Kong

Harimau Malaya mudah benam Hong Kong

Read Time:55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Iskandar Puteri : Skuad Harimau Malaya terus mengganas apabila berjaya menewaskan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan Tier 1 kedua di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam tadi.

Kemenangan itu merupakan yang kedua berturut-turut bagi skuad kendalian Kimp Pan Gon pada aksi perlawanan antarabangsa selepas menewaskan Turkmenistan 1-0, Khamis lalu.

Pastinya kedudukan ranking FIFA juga akan berubah selepas tamat aksi dalam kalendar badan induk bola sepak antarabangsa itu yang akan dikemas kini bulan depan.

Meskipun Pan Gon membuat sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya, ia tidak merencatkan permainan pantas skuad negara.

Gol pertama Malaysia hadir menerusi jariangan Akhyar Rashid pada minit ke-18 selepas menerima umpanan cantik Faisal Halim, susulan kesilapan penjaga gol Hong Kong.

Ketika permainan kelihatan seimbang, Faisal Halim dengan mudah meloloskan diri daripada pertahanan Hong Kong sebelum meledakkan gol kedua pada minit ke-41.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan terus menggandakan asakan, namun tiada jaringan dihasilkan untuk baki 45 minit terakhir.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia terus mengekalkan rekod tanpa bolos dengan dua kemenangan membabitkan jendela perlawanan antarabangsa FIFA. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya