HomeIsu tempatanPembangunan di Kadamaian akan terus diberi perhatian

Pembangunan di Kadamaian akan terus diberi perhatian

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Belud : Pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan terus diberi perhatian.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata Pelan Induk Pembangunan Kadamaian 2020-2035 yang telah pun menjadi dokumen kerajaan akan menjadi panduan kepada semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan untuk membawa pembangunan yang lebih pesat di kawasan itu.

Katanya, pelan itu mencakupi wawasannya untuk membangunkan Kadamaian berasaskan dua sektor ekonomi utama iaitu pertanian dan pelancongan, penyediaan atau penaiktarafan kemudahan infrastruktur asas serta bidang keusahawanan.

“Saya gembira kerana, sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kota Belud, buat julung kalinya diadakan di Dewan Kadamaian Square Taginambur sejak dewan ini siap dibina beberapa tahun yang lalu.

“Kita akan teruskan usaha untuk menaiktaraf kemudahan sedia ada di Kadamaian dan Kota Belud secara keseluruhannya untuk keselesaan warga Kota Belud,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Kadamaian Square, di sini, baru-baru ini.

Pembinaan Dewan Kadamaian Square adalah sebahagian daripada hasil usaha Ewon sejak beliau diberi mandat sebagai Adun Kadamaian pada 2018.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Kadazandusun adalah antara platform terbaik untuk mengukuh dan memperkasakan perpaduan rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama di negeri ini.

“Ini kerana, sambutan Kaamatan bukan hanya dihadiri masyarakat Kadazandusun tetapi masyarakat kaum lain juga turut serta hadir memeriahkan sambutan ini.

“Selain itu, Pesta Kamaatan juga memberi ruang kepada para peniaga kecil-kecilan menjual dan mempromsi produk mereka,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis, Pegawai Daerah Kota Belud merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud Haji Bakri Haji Nanun dan para pemimpin masyarakat.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular