HomeUtamaIsu Perumahan LPPB : Saya tidak benarkan penghuni dikeluarkan - Hajiji

Isu Perumahan LPPB : Saya tidak benarkan penghuni dikeluarkan – Hajiji

Read Time:1 Minute, 38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tidak akan membenarkan sama sekali penghuni di tiga kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) yang menyewa lebih 10 tahun untuk keluar dari rumah berkenaan.

Katanya, meskipun perkara itu merupakan teguran audit namun ia perlu melihat kepada keperluan penghuni khususnya yang masih memerlukan tempat tinggal.

“Ada isu satu dua hari ini berkaitan mereka yang sudah 10 tahun tinggal di rumah berkenaan mahu dikeluarkan.  Bagi saya ini saya tidak benarkan sama sekali untuk mereka dikeluarkan dari rumah PPR.

“Saya sudah bisik kepada SKN pada mesyuarat akan datang, minta KKTP, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bentang kepada Kabinet.  Isu ini besar, belum dimaklumkan kepada Ketua Menteri atau Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Penutupan Majlis Perundingan Sabah (MPPS) di sini semalam.

Dalam pada itu, Hajiji ketika ditemui berkata, Kabinet Negeri Negeri akan membuat keputusan minggu depan berhubung cadangan LPPB meminta penyewa rumah PPR lebih 10 tahun mengosongkan rumah mereka.

Katanya, isu dan cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet Negeri untuk dibincang dengan teliti agar satu keputusan dapat diambil berhubung isu yang berbangkit.

“Kita akan membawa isu ini ke Mesyuarat Kabinet Negeri minggu depan. Jadi kita akan buat keputusan. Walaupun ada teguran daripada pihak Jabatan Audit berhubung perkara ini, bagi saya kita berpendirian bahawa kita tidak boleh berbuat demikian (meminta penyewa lebih 10 tahun mengosongkan rumah).

“Ini kerana mereka yang tinggal di rumah sewa PPR adalah mereka yang masih memerlukan tempat tinggal dan sebagainya”.

“Kita tunggu keputusan Kabinet Negeri minggu depan tetapi secara prinsipnya kita akan pastikan nasib mereka terbela”, katanya.

Hajiji berkata demikian bagi mengulas notis yang dikeluarkan kepada penyewa yang sudah tinggal lebih 10 tahun di PPR untuk mengosongkan kediaman berikutan teguran Jabatan Audit Negara berhubung ketidakpatuhan had tempoh menyewa yang ditetapkan.

Notis terbabit dikeluarkan LPPB untuk penyewa melebihi 10 tahun di beberapa PPR di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bidang pendidikan, modal insan keutamaan kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular