HomeIsu tempatanKV Keningau raih Johan & Naib Johan Pertandingan Pitchbah 2023

KV Keningau raih Johan & Naib Johan Pertandingan Pitchbah 2023

Read Time:1 Minute, 55 Second

KENINGAU: Dua pasukan pelajar Kolej Vokasional Keningau dari program Teknologi Elektrik dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, masing-masing dinobatkan sebagai johan dan naib johan dalam pertandingan keusahawanan Pitchbah anjuran Ooze Club.

Pasukan-pasukan itu membawa pulang hadiah wang ringgit berjumlah RM5,000 bagi pemenang tempat pertama dan RM3,000 bagi pemenang tempat kedua.

Pertandingan ini berlangsung dari 17 Jun 2023 secara dalam talian dan berakhir pada 2 Julai 2023 dengan pusingan akhir yang dijalankan secara bersemuka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Terdapat 20 pasukan yang menyertai latihan intensif secara dalam talian di peringkat permulaan pertandingan ini sebelum saringan dijalankan melalui dua pusingan pembentangan projek.

Peringkat akhir yang berlangsung secara bersemuka dihadiri oleh sepuluh pasukan yang layak menjadi finalis.

Bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris dan ianya dinilai oleh barisan hakim yang terdiri daripada usahawan-usahawan sosial.

Menurut Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik, pasukan yang menjuarai pertandingan ini dikenali sebagai Dry Easy terdiri daripada empat pelajar program teknologi elektrik yang mengetengahkan alat pengering kasut yang dibina khas untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama bagi memastikan keselesaan mereka ke sekolah terutamanya pada musim hujan.

“Ahli-ahli pasukan ini adalah Claijster Cristhian, Nurul Nadiirah Naquyyah, Glenn Nichles dan Vincent Frankie. Mereka merancang untuk menggunakan hadiah wang berjumlah RM5,000 yang mereka menangi untuk membina versi kedua alat pengering kasut tersebut yang lebih ringan dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Christine berkata, pasukan yang mendapat naib johan dalam pertandingan ini menampilkan projek mereka “Mearpet” yang merupakan boneka cerita rakyat yang diperbuat daripada mainan patung dan pakaian terpakai. Boneka-boneka ini digunakan untuk mendidik dan menghibur kanak-kanak.

“Pasukan yang berjaya membawa pulang RM3,000 ini ditubuhkan oleh empat ahli iaitu Siti Nur Hanisah Omar Hashim, Nydia Natasha Jefrin, Nursofi Aisyahtul Fatihah Mohd Rasili dan Azzulfa Haryani Mohd Azri,” katanya.

Sementara itu, wakil dari pasukan Dry Easy, Naadirah Naquyyah, meluahkan rasa gembira dengan kemenangan mereka kerana ianya merupakan kali pertama dia dan pasukannya menyertai pertandingan inovasi.

“Pertandingan ini sangat mencabar dan dapat meningkatkan kemahiran kami berkomunikasi terutamanya dalam Bahasa Inggeris.

Sehubungan dengan itu, Christine sangat berbangga dengan pencapaian pasukan kolejnya yang berjaya mendominasi pertandingan berprestij tersebut.

“Saya berharap agar pelajar-pelajar ini terus memperkembangkan projek mereka agar ianya dapat memberi faedah kepada komuniti luar dari kolej ini,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penggunaan teknologi terkini pemangkin kelestarian hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular