HomeUtamaPICK : Vaksin Itu Ikhtiar, Jangan Percaya Khabar Angin

PICK : Vaksin Itu Ikhtiar, Jangan Percaya Khabar Angin

Read Time:1 Minute, 35 Second

PAPAR:  “Pakcik ada juga dengar macam-macam tentang vaksin tetapi janganlah percaya itu hanya khabar angin.” Demikian luahan keyakinan warga emas, Samsudin Nadih, 66, dari Kampung Pengalat Kecil ketika menerima dos pertama vaksin Covid-19 jenis Sinovac, hari ini.

Baginya, hidup mati adalah takdir Allah SWT namun sebagai umat Islam ujarnya, vaksin adalah ikhtiar untuk melawan penyakit berbahaya yang telah meragut banyak nyawa.

“Soal hidup mati adalah ketentuan Ilahi, vaksin ini adalah ikhtiar dan hanya itu mampu kita lakukan selebihnya terserah kepada Tuhan Maha Kuasa.

“Sebelum ini, anak pakcik telah bantu daftarkan pakcik dengan aplikasi MySejahtera menggunakan telefon bimbit anak.

“Pada hari ini, pakcik bersyukur dan terima kasih kepada YB Datuk Haji Ghulam Haidar, terima kasih juga kepada tuan Pegawai Daerah dan semua pihak kerana pakcik sudah divaksin dos pertama,” ujarnya dengan lega selepas disuntik vaksin oleh Jururawat, Nozalilawati Mohd Noordin dari Pusat Kesihatan Daearah Papar.

Malah, pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) tersebut bersiap seawal jam 6.30 pagi sebelum tiba dan mendaftar secara datang terus atau walk-in di Dewan SMK Pengalat sempena Program Outreach Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Dun Kawang di Dewan SMK Pengalat, pada Jumaat.

Turut lega selepas mendapat vaksin ialah rakan sekampungnya, Sajadali Alidata, 65, yang dilihat enggan berenggang dengan isterinya, Dg Jamila Akob, 66, yang berkerusi roda.

Di kampung, Sajadali terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan suka berseloroh juga berjaya mengurangkan tekanan serta debaran di wajah penerima vaksin lain serta para petugas di ruang menunggu.

Selain Dg Jamila, seorang lagi warga emas berkerusi roda diiring para petugas Angkatan Petahanan Awan iaitu Rosewati Hussin, 54, juga kelihatan tenang ketika disuntik vaksin sama.

Hadir memastikan program jangkauan itu berjalan lancar ialah Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daearah Papar diiringi Penolong Pegawai Daearah (Pengurusan), Jainuddin Jumat dan UPPM Dun Kawang, Rosli Ibrahim serta Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Alfred Aldin./PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular