HomeUtamaZahid saran koperasi negara difederasikan untuk tingkat sosioekonomi & kesejahteraan rakyat

Zahid saran koperasi negara difederasikan untuk tingkat sosioekonomi & kesejahteraan rakyat

Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan koperasi-koperasi negara difederasikan untuk meningkatkan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pada masa ini, gerakan koperasi telah berjaya menjadi penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi negara selepas sektor Kerajaan dan swasta.

“Maka ia layak untuk belanjawan 2024 yang akan datang, untuk saya membisikkan kepada YAB Perdana Menteri agar memberikan peruntukan lebih banyak, namun saya lebih bersetuju jika koperasi-koperasi ini difederasikan bukan nak dijadikan persekutuan tapi federasikan ertinya disatukan bukan hanya di bawah Suruhanjaya, bukan hanya di bawah Kementerian tetapi saya berfikir tentang soal federasi ini di mana sektor koperasi mempunyai potensi yang cukup besar untuk kita manfaatkan.

“Dengan keanggotaan jutaan ahli di seluruh negara, serta aset yang bernilai berbilion ringgit ini, gerakan koperasi boleh bergerak secara bersepadu melalui model perniagaan penggabungan koperasi iaitu pembentukan federasi,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Zahid turut mengambil contoh gabungan koperasi pertanian di Korea Selatan yang paling berjaya di dunia.

“Kita mengambil contoh gabungan koperasi pertanian di Korea Selatan, Federasi Koperasi Pertanian Kebangsaan (NACF) yang menjadikan organisasi puncak bagi 1,118 koperasi dengan gabungan keahlian seramai 2.1 juta petani digabungkan dalam satu organisasi koperasi federasi ini.

“Petani Korea ini merupakan pemilik, pengguna dan pengawal koperasi mereka. Federasi tersebut menyokong koperasi anggota dengan menyediakan sistem koperasi untuk petani Korea yang majoritinya mempunyai masalah kapasiti pengeluaran yang lemah dan sumber kewangan yang tidak mencukupi.

“Justeru itu, mengambil contoh kebersamaan ini di dalam koperasi yang begitu penting supaya ianya tidak menimbulkan persaingan sengit dikalangan koperasi dalam sektor yang tertentu, yang lebih penting biarpun persaingan itu wujud ianya masih persaingan yang sihat, pengajaran kita perolehi kita mesti menyanjung kepada rakan-rakan kita dalam koperasi yang mengunjurkan urusniaga perniagaan dalam sektor yang sama.

“Federasi inilah yang harus diterjemahkan dengan tidak pernah mana-mana koperasi memfederasikan koperasi-koperasi dalam bidang yang sama ini, maka kita akan dapat menjana pendapatan yang lebih kerana kita mengelakkan persaingan antara koperasi-koperasi itu,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan yakin jika koperasi-koperasi negara ini dapat bergabung melalui federasi, jaminan keselamatan makanan negara akan diperkukuhkan, seterusnya dapat mengimbangi kos harga makanan yang semakin meningkat.

” Ini kerana model perniagaan melalui penggabungan koperasi bukan hanya dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran produk dan perkhidmatan gerakan koperasi melalui ‘economies of scale’, malahan boleh memendekkan rantaian bekalan dengan mengurangkan peranan dan penglibatan orang tengah.

“Justeru, saya menyeru gerakan koperasi negara ini bergerak secara bersepadu untuk membantu kerajaan dalam agenda menoktahkan kemiskinan tegar sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular