HomeIsu tempatanBung Yakin Golongan Guru Mampu Hadapi Cabaran Menyampaikan Pembelajaran Ketika Berhadapan Dengan...

Bung Yakin Golongan Guru Mampu Hadapi Cabaran Menyampaikan Pembelajaran Ketika Berhadapan Dengan Penularan Covid-19

Read Time:2 Minute, 37 Second

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata antaranya ialah menyampaikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang dilaksanakan secara dalam talian.

selain guru-guru guru-guru perlu berdepan dengan budaya normal baharu dengan melaksanakan perubahan seperti penjarakan fizikal sepanjang berada di sekolah, dalam bilik darjah, pejabat, mengamalkan budaya hidup yang sihat dan menitik beratkan aspek kebersihan.

“ Ini semua sudah pasti mewujudkan cabaran-cabaran besar dan baharu yang harus didepani oleh setiap guru, bagaimana pun saya yakin dan percaya dengan kesungguhan yang tinggi mendidik anak bangsa segala cabaran ini akan dapat dilalui “ katanya dalam ucapan perasmian Gerakan Massa Terima Kasih sempena Hari Guru Peringkat Negeri secara maya baru-baru ini.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Sehubungan dengan itu menurut beliau guru perlu meningkatkan ilmu, kompetensi, keupayaan, kemahiran, perubahan sikap dan kesiapsiagaan dalam menerima normal baharu dalam pendidikan terutama pembelajaran dalam talian.

“Kesiapsiagaan ini akan dapat dilihat perubahan dari aspek pengajaran, pentaksiran dan penyampaian ilmu yang mencabar tugas keguruan” katanya

Dalam pada itu Bung mengakui wujud kekangan dalam pendidikan dalam talian seperti masalah capaian Internet, ketiadaan peranti digital pintar serta sikap murid dan pelajar sendiri, dalam hal ini beliau menegaskan guru sebaliknya perlu memikirkan cara untuk memastikan penyampaian ilmu itu tetap diteruskan.

“ Saya amat berbangga ekoran masalah capaian internet ini khususnya di kawasan luar bandar ada guru-guru yang sanggup menghantar note dan tugasan pelajar walaupun terpaksa berjalan kaki yang memberikan gambaran profesionalisme mereka dalam bidang keguruan begitu tinggi” jelas Bung

Dalam pada itu Bung berharap pelajar yang menghadapi masalah belajar secara dalam talian perlu diberi peluang berjumpa dengan guru di sekolah bagi mendapatkan ilmu secara bersemuka yang disifatkan lebih mudah dan jelas supaya mereka tidak tercicir dalam proses pembelajaran.

“Ini kerana tidak semua pelajar boleh menerima cara pembelajaran dalam talian, masih ada lagi pelajar yang perlu bimbingan secara konvensional untuk mereka lebih mudah memahami. Yang penting kita hendak memastikan pelajar itu tidak hilang semangat untuk menimba ilmu, begitu juga guru tidak hilang semangat untuk menyampaikan ilmu,” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung meminta masyarakat agar memberikan sokongan serta memahami peranan yang dimainkan oleh guru dengan penuh komitmen dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang terbaik untuk mendidik dan menjaga anak-anak dalam penularan pandemik Covid-19 ini.

Tambah Bung yang juga ahli Parlimen Kinabatangan, sesuai dengan tema sambutan hari guru tahun ini ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’ yang menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara bagi memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan jasa serta sumbangan golonngan guru wajar dihargai oleh masyarakat secara keseluruhanya

“ Jasa insan bergelar pendidik ini amat besar dan setiap orang menginsafi hakikat bahawa kehadiran guru dalam kehidupan banyak membentuk keperibadian dan keterampilan seseorang untuk menjadi manusia berguna” katanya

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular