HomePendapatTujuh Sebab Prestasi Perpaduan Lebih Baik Berbanding Perikatan

Tujuh Sebab Prestasi Perpaduan Lebih Baik Berbanding Perikatan

Read Time:1 Minute, 40 Second

KUALA LUMPUR: Menurut Penganalisis Politik Mulia Muhammad terdapat tujuh sebab prestasi perpaduan lebih baik berbanding perikatan.

Pertama, mengikut rekod dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Perpaduan mendapat sejumlah 9,243,988 undi dengan 148 kerusi berbanding Perikatan yang hanya dapat 74 kerusi dengan 4,667,429 undi. Beza kira-kira 4.6 juta undi.

Kedua, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Perpaduan mendapat 1,599,534 undi dengan 235 kerusi berbanding Perikatan yang dapat hanya 1,012,543 dan 208 kerusi. Beza setengah juta undi dan 27 kerusi.

Ketiga, tidak ada satu calon Perpaduan yang hilang deposit, tetapi Perikatan ada 18 calon yang kalah teruk dan hilang deposit.

Keempat, secara keseluruhan, negeri yang ditadbir Perpaduan lebih banyak iaitu 10 negeri berbanding Perikatan iaitu hanya empat negeri sahaja (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelima, empat negeri yang ditadbir oleh Perikatan ini adalah yang terbawah dalam senarai KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara. Sedangkan tiga negeri yang ditabdir Perpaduan iaitu Pulau Pinang (13.1%), Selangor (11.9%) dan Pahang (10.8%) mencatat pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dan mengatasi pertumbuhan ekonomi nasional iaitu 8.7% pada tahun 2022. Perikatan masih lagi gagal menjadi suatu parti yang mewakili masyarakat majmuk dan berbilang bangsa di negara ini. Kegagalan Gerakan adalah yang terburuk sekali iaitu hanya menang satu dan kalah 36 kerusi (2.7%).

Keenam, Perikatan sudah mencapai tahap maksimum (syiling) untuk kerusi-kerusi Melayu sahaja dan tidak mendapat kepercayaan langsung daripada masyarakat lain. Komposisi masyarakat Malaysia adalah berbilang bangsa dan kaum termasuklah di Sabah dan Sarawak. Model politik Perikatan bukannya “people-centric” tetapi lebih kepada “race-centric”, cara ini tidak sesuai di negara majmuk seperti Malaysia.

Ketujuh, Perikatan menang 12 kerusi di Selangor dengan majoriti 3,000 undi ke bawah. Berbanding Perpaduan yang ada 22 kerusi yang dimenangi dengan majoriti lebih 10,000 undi. Perpaduan juga ada 30 kerusi yang dimenangi dengan majoriti selesa lebih 3,000 undi. Statistik ini dengan jelas membuktikan prestasi Perpaduan adalah lebih baik daripada Perikatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Komentar – Belanjawan 2025 Sabah Menjuarai Kesejahteraan Rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular