HomeSukanSabah FC dijangka bermain tanpa dua tonggak utama

Sabah FC dijangka bermain tanpa dua tonggak utama

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu  : Dua tonggak utama Sabah FC Daniel Ting dan Darren Lok dijangka tidak akan diturunkan pada aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Likas malam esok selepas mereka masih belum pulih sepenuhnya.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, beberapa pemain lain bakal mengisi kekosongan posisi tersebut bagi memastikan skuad Sang Badak berjaya mengutip tiga mata penting.

Katanya, Sabah FC tidak menghadapi masalah besar berikutan terdapat beberapa pemain lain telah bersiap sedia untuk menggalas tugas penting tersebut.

“Seperti biasa, kita membuat persiapan rapi di mana pemain telah diberikan masa untuk berehat secukupnya selepas perlawanan menentang Kuching City FC.

“Esok kemungkinan terdapat barisan pemain yang berlainan akan diturunkan, tapi apa yang pasti kita akan pastikan dapat berjaya mengutip tiga masa penting malam esok,” katanya.

Kim Swee berkata, Sabah FC perlu mencatat kemenangan penting terutama beraksi di laman sendiri sekali gus mengembalikan keyakinan penonton terhadap mereka.

“Kita harap malam esok penonton Sabah FC akan turun beramai-ramai serta berharap pemain dapat beraksi cemerlang serta mencatat kemenangan penting dihadapan penonton sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sheron, Tahira juara Larian Timpohon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular