HomeSukanPiala AFC : Hougang United sifatkan Sabah FC mempunyai keupayaan baik

Piala AFC : Hougang United sifatkan Sabah FC mempunyai keupayaan baik

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Hougang United FC (HUFC) Marko Kraljevic menyifatkan kehadirannya ke Malaysia khususnya ke negeri ini dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Sabah FC di Stadium Likas malam esok sebagai sesuatu yang menarik.

Beliau turut melihat aksi perlawanan menentang Sabah FC esok juga sebagai satu perlawanan yang baik untuk kelab bola sepak kedua-kedua negara berkenaan.

“Saya gembira dapat kembali ke Malaysia dan bermain melawan pasukan Sabah FC. Bagi saya ia satu perlawanan yang baik untuk kelab bola sepak kedua-dua negara dan kita berharap semua ‘enjoy’ dengan permainan esok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media menjelang perlawanan pembuka tirai Piala AFC 2023 bagi Kumpulan H, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan pasukannya, Kraljevic berkata, mereka melaksanakan persiapan dengan baik walaupun berdepan saingan Liga Singapura yang menyaksikan HUFC berada di kedudukan yang kurang baik ketika ini.

Katanya, pihaknya juga mengikuti dengan rapat perkembangan bola sepak di Malaysia termasuk pasukan Sabah FC yang disifatkannya menunjukkan keupayaan yang baik kerana berjaya menempah tiket ke Piala AFC tahun ini.

“Layak ke Piala AFC sudah cukup baik, mereka juga ada pemain yang baik dan kita juga membuat analisis permainan pasukan di Malaysia untuk melihat pencapaian mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penyertaan HUFC dalam Piala AFC kali ini juga disertai dengan misi untuk menunjukkan keupayaan terbaik permainan pasukan berkenaan setelah pencapaian mereka dilihat tidak konsisten dalam Liga Singapura tahun ini. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
SukanUtama

206 peserta Climbathon bakal ‘takluk’ Gunung Kinabalu Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular