HomeIsu tempatanCubaan seludup beras ke negara jiran gagal

Cubaan seludup beras ke negara jiran gagal

Read Time:1 Minute, 14 Second

Lahad Datu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot yang membawa beras tanpa kebenaran yang sah seberat lebih kurang 1,520 kilogram disyaki cuba diseludup ke negara jiran di kedudukan 0.4 batu nautika Barat Daya Telukan Sibet, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, sebaik tiba di kawasan berkenaan kira-kira jam 1.35 pagi tadi, pihaknya mendapati dua buah bot pam berjaya dikesan sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa merapati bot terbabit, suspek yang merupakan pengendali bot berkenaan dipercayai bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan, anggota Zon Maritim Lahad Datu telah menemui beras pelbagai jenama seberat lebih kurang 1,520 kilogram disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, bot serta barang rampasan dianggarkan lebih kurang RM24,000 dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 kerana disyaki membawa beras tanpa kebenaran yang sah.

“Zon Maritim Lahad Datu memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Lahad Datu agar terus memberi kerjasama dengan melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan mahupun sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 089-885727 (Pusat Operasi Lahad Datu) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular