HomeIsu tempatanMangsa lelaki, wanita maut terperangkap dalam bilik simpanan tong Karbon Dioksida

Mangsa lelaki, wanita maut terperangkap dalam bilik simpanan tong Karbon Dioksida

Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Dua mangsa lelaki dan wanita maut terperangkap dalam bilik simpanan tong Karbon Dioksida (CO2) dalam kejadian di salah sebuah kondominium di Likas pagi tadi (17 Jan).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPN) Sabah, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi tadi, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba membuat operasi dengan membuka bilik tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan pintu tersebut berjaya di buka.

“Terdapat dua mangsa lelaki dan perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

“Seterusnya kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 11.57 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular