HomeIsu tempatanBSMM serah bantuan kepada 300 individu golongan B40

BSMM serah bantuan kepada 300 individu golongan B40

Read Time:1 Minute, 3 Second

Putatan: Seramai 300 orang terdiri daripada golongan B40, ibu tunggal dan asnaf menerima bantuan bakul makanan daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kebangsaan.

Majlis penyerahan sumbangan disampaikan Timbalan Setiausaha Agung BSMM Kebangsaan, Datuk Danial Iskandar Abdul Rahman di Kampung Sailan disini baru-baru ini.

Menurut Danial terdapat keperluan untuk mewujudkan satu projek bantuan makanan kepada masyarakat sebagai komplemen kepada bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.

“Sehubungan itu, satu program yang dijenamakan di bawah ‘Program Sejuta Ummat’ merupakan usaha Jawatankuasa ‘Community Resilience’  Ibu Pejabat BSMM Kebangsaan bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Bantuan ini dilihat amat berkesan dalam membantu golongan sasar di peringkat komuniti dan pemilihan Kampung Sailan sebagai lokasi pertama adalah kerana ia terletak di pinggir bandar yang mana terdapatnya keperluan bagi membantu ketua isi rumah yang berada di kampung ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Pengerusi Persatuan BSMM Daerah Putatan, Nanih Abah menerima bantuan Program Sejuta Ummah sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 daripada Danial yang akan diagihkan oleh petugas BSMM kepada golongan sasar yang meliputi daerah Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Tuaran.

Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan tersebut, Ahli Lembaga Pengelola BSMM Kebangsaan, Datuk Wan Nor Raihan Wan Abdul Rahman dan Pengerusi BSMM Negeri Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung. – SABAH MEDIA / FOTO BSMM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular