HomeIsu tempatanPolis Marin Banteras Kegiatan Aktiviti Bom Ikan

Polis Marin Banteras Kegiatan Aktiviti Bom Ikan

Read Time:58 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya membanteras aktiviti pengeboman ikan dalam satu operasi di Laut Pulau Kerindingan, Pulau Nusa Tongah dan Laut Pulau Omadal dekat sini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, pasukannya telah berjaya menahan tiga buah bot yang melakukan aktiviti pengeboman ikan di kawasan terbabit pada petang kemarin.

Katanya, tiga buah bot yang ditahan adalah jenis pump bot dan di dalamnya terdapat beberapa jenis peralatan yang digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan serta hasil beberapa jenis ikan.

“Dalam Operasi yang sama turut ditahan sebuah bot menggunakan enjin sangkut. Hasil pemeriksaan keatas bot tersebut didapati memiliki kayu bergergaji tanpa permit dari Jabatan Perhutanan,” kata Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Enakmen Perhutanan 1968. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM29,130.00

Justeru itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Kawalan PPM Sabah di talian 0139391197.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular