HomeUtamaPelancong diingatkan untuk sentiasa pakai jaket keselamatan

Pelancong diingatkan untuk sentiasa pakai jaket keselamatan

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Para pelancong diingatkan untuk sentiasa memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti renang, selaman dan snorkeling.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, memakai jaket keselamatan ketika berada di laut atau persisiran pantai adalah penting bagi mengelakkan sebarang insiden negatif.

“Mengambil langkah keselamatan adalah untuk kebaikan diri sendiri, jangan mengambil risiko walaupun anda mahir berenang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas  kejadian lemas melibatkan seorang pelancong China berusia 51 tahun di sini baru-baru ini.

Christina berkata, kepulauan di sekitar bandaraya ini sangat popular sebagai destinasi pelancongan kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

“Kejadian di pantai Pulau Sapi baru-baru ini adalah insiden sangat menyedihkan, kita tidak boleh membolehkan tragedi seumpamanya berlaku kerana ia mampu menjejaskan imej industri pelancongan kita,” katanya.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim memaklumkan kepada Christina bahawa terdapat 400 pengunjung dan pelancong di pulau berkenaan pada masa insiden berkenaan berlaku.

Taman-taman Sabah adalah agensi di bahawa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. 

Kajian akan dilakukan sama ada terdapat keperluan untuk menambah jumlah penyelamat pantai (lifeguards) di pulau-pulau yang menjadi tumpuan para pelancong tempatan dan luar negara. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular