HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot nelayan tangkap ikan kurang dua batu nautika

Maritim Malaysia tahan bot nelayan tangkap ikan kurang dua batu nautika

Read Time:1 Minute, 23 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dua batu nautika dari daratan pada jam 4.45 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya mengesan sebuah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.6 batu nautika tenggara Kampung Titingan.

Katanya, pmeriksaan selanjutnya ke atas bot terbabit telah mendapati tiga lelaki pemegang pasport warga Indonesia berumur di antara 20 hingga 42 tahun berada di atas bot tersebut.

Tambahnya lagi, kesemua lelaki berkenaan didapati melakukan kesalahan menarik pukat pada jarak 1.6 batu nautika dari daratan.

“Kesemua awak-awak, bot serta muatan hasil laut ditahan lalu dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana telah menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan. 

“Kesemua barangan termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM80,000,” katanya dalam kenyataan di sini ini.

Shahrizan dalam pada itu berkata, pihaknya akan terus memberi perhatian kepada kes-kes melibatkan nelayan tempatan yang melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat kurang dari jarak yang dibenarkan.

Ini kerana katanya, aktiviti menarik pukat pada jarak yang berhampiran pantai boleh merosakkan ekosistem laut dan mengganggu aktiviti nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

“Orang ramai turut diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular