HomeIsu tempatanProgram JIWA tingkat kesedaran rakyat

Program JIWA tingkat kesedaran rakyat

Read Time:37 Second

Beaufort : Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) mampu meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat terhadap dasar kerajaan.

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun berkata, program berkenaan juga menjadi medium untuk memaklumkan peranan dan hak-hak masyarakat sebagai pengguna.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Beaufort bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berlangsung di Masjid Nurul Iman, di sini baru-baru ini.

Antara pengisian program tersebut adalah ceramah kepenggunaan yang disampaikan Penolong Pegawai KPDN Beaufort, Norazlan Nordin disusuli penyampaian maklumat isu dan dasar negara oleh Pegawai Penerangan Daerah, Suhaili Awang.

Turut hadir, Ketua Kampung Pekan Weston, Latip Abbas,  Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Beaufort, Mohd Tahir Manaf dan Pengerusi Masjid Nurul Iman, Ismail Kambar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular