HomeIsu tempatanKUSKOP kenal pasti cadangan pejabat cawangan TEKUN Membakut

KUSKOP kenal pasti cadangan pejabat cawangan TEKUN Membakut

Read Time:1 Minute, 11 Second

Membakut : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam perancangan untuk mengenalpasti cadangan premis pejabat cawangan baharu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di daerah ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, usahawan yang ditemui menyambut baik perancangan kementerian untuk mewujudkan pejabat TEKUN di kawasan itu.

“Saya berharap pengwujudan pejabat Tekun di Membakut akan memudahkan usahawan-usahawan dan bakal usahawan berurusan dan seterusnya menarik lebih ramai mendapatkan perkhidmatan daripada TEKUN.

“Setakat ini TEKUN Nasional mempunyai 25 cawangan penuh di seluruh Sabah termasuk mini pejabat di Pitas dengan bilangan pegawai dan kakitangan seramai 117 orang. Bagi kawasan Membakut, Pejabat Tekun yang berdekatan adalah Pejabat Tekun Beaufort,” katanya selepas program menyantuni usahawan TEKUN, di sini.

Ewon berkata, Pejabat Tekun Membakut dijangka mula beroperasi tahun ini.

Mengenai jumlah usahawan Tekun, beliau berkata, secara keseluruhannya seramai 4,103 peminjam TEKUN kawasan Beaufort sejak pejabat itu beroperasi pada 1998 dengan nilai pembiayaan sebanyak RM43.028 juta.

“Daripada jumlah itu 2,908 orang adalah pembiayaan pertama dan selebihnya pembiayaan ulangan iaitu 2,613 orang peminjam adalah usahawan wanita dan 1,490 usahawan lelaki.

“Tekun juga telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM1.226 juta kepada 59 usahawan dari Januari hingga April tahun ini iaitu 21 orang adalah pembiayaan pertama dan selebihnya pembiayaan ulangan.

“Berdasarkan data yang disediakan TEKUN Beaufort, kebanyakan peminjam adalah wanita,” katanya.

Turut serta dalam lawatan itu Pengurus Tekun Sabah Hemin Osumping, Ahli Lembaga Amanah Tekun Datuk Gilbert Sham dan Rowindy Lawrence. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular