HomeIsu tempatanPenduduk berjaya tangkap buaya di Kg Lok Baru, Pulau Gaya

Penduduk berjaya tangkap buaya di Kg Lok Baru, Pulau Gaya

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Seekor buaya berukuran 12 kaki panjang berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Lok Baru di Pulau Gaya petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai tangkapan buaya oleh penduduk kampung di lokasi kejadian pada jam 4.30 petang kelmarin (22 Mei).

Katanya, siasatan awal mendapati, penduduk kampung dikatakan telah melihat kelibat buaya tersebut di perairan kampung berdekatan sebelum berpakat beramai-ramai menangkap buaya tersebut dengan menggunakan tali dan bot.

“Buaya yang berjaya ditangkap itu berukuran lebih kurang 12 kaki panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, anggota Balai Polis Pulau Gaya bersama penduduk kampung telah membantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengangkat buaya tersebut ke bot untuk tindakan pihak JPAM selanjutnya pada jam 5.30 petang itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

9 pelajar antarabangsa jayakan ekspedisi ke Gunung Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular