HomeSukanSabah bakal bertanding di kelayakan Liga Juara-Juara Wanita AFC 2024

Sabah bakal bertanding di kelayakan Liga Juara-Juara Wanita AFC 2024

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Pasukan bola sepak wanita Sabah yang menjuarai Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 bakal bertanding pada pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2024 pada 25 hingga 31 Ogos depan.

Perkara itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan semalam.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman bersama Ketua Jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi selaku ketua unit bola sepak wanita FAM telah hadir ke pejabat Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) kelmarin bagi menzahirkan ucapan tahniah serta mengadakan perbincangan lanjut mengenai persiapan pasukan.

Liga Juara-Juara Wanita AFC 2024  diadakan buat julung kalinya oleh AFC dan skuad bola sepak wanita Sabah merupakan pasukan bola sepak wanita pertama di Malaysia untuk melayakkan diri ke pertandingan berprestij ini.

Sabah bersama 14 pasukan lain akan berentap di pusingan kelayakan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya bersama lapan lagi pasukan teratas yang telah layak berdasarkan kedudukan ranking FIFA.

Seterusnya, empat juara kumpulan akan layak ke peringkat kumpulan yang akan menyaksikan 12 kelab berentap bagi melayakkan ke Liga Juara-Juara Wanita AFC 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Januari tahun depan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Para SUKMA : Sabah berjaya kutip 12 pingat emas hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular