HomeUtamaPortal SSMJ, Pelan Strategik SMJ 2023-2025 dilancar

Portal SSMJ, Pelan Strategik SMJ 2023-2025 dilancar

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu:  Portal Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Pelan Strategik SMJ 2023-2025 dilancarkan dalam Program Sesi Libat Urus Hala Tuju Sabah Maju Jaya – Pelan Pembangunan SMJ.

Portal Sekretariat SMJ itu dibangunkan untuk melaksanakan transformasi pendigitalan bagi penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih berinformatif dan efektif. 

Ia memaparkan maklumat mengenai aktiviti semasa Sekretariat SMJ, maklumat Buku Terbitan Sekretariat SMJ serta jaringan kerjasama web antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri serta pihak berkepentingan yang berhubung kait dengan peranan sekretariat terbabit.

Manakala, Pelan Strategik Sekretariat Sabah Maju Jaya 2023 – 2025 disediakan untuk tempoh tiga tahun berdasarkan kepada peranan Sekretariat SMJ. 

Bagi mendokong visi Sekretariat SMJ, Pelan Strategik tersebut disediakan untuk menjadi peneraju memudahcara pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Pelan Strategik adalah satu dokumen rancangan yang merangkumi matlamat utama, strategi dan langkah-langkah tindakan yang ditetapkan oleh Sekretariat SMJ untuk mencapai visi, misi, dan objektif jangka panjangnya. 

Pelancaran disempurnakan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat SMJ Datuk Rosmadi Datu Sulai di sini dan turut dihadiri ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta wakil pertubuhan bukan kerajaan.

Dalam program itu, empat sesi forum dilaksanakan dengan beberapa panel yang dijemput khas menerusi tajuk, “Blast From The Past and Back To The Future” oleh Rosmadi, “Journey Pelan Pembangunan  SMJ 1.0:2021-2025” (Ketua Pegawai Operasi SSMJ, Ramlee Kariah, “Forum Interaktif: Hala Tuju SMJ (Pelan Pembangunan SMJ 2.0): Back To The Future” dan “Komunikasi Strategik: Mencorakkan Persepsi Awam Terhadap Kerajaan”.

Turut hadir dalam program tersebut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Diyanah Abdullah.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan MALBATT selamat, kenderaan rosak diserang orang awam Lubnan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular