HomeSukanACWL: Steffi beri komitmen pastikan Sabah FA lakar keputusan positif

ACWL: Steffi beri komitmen pastikan Sabah FA lakar keputusan positif

Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Kapten skuad bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sarge Kaur memberi komitmen untuk memastikan Sabah FA dapat melakar keputusan positif meskipun sedar cabaran besar yang perlu ditempuhi dalam aksi pusingan awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (ACWL) di Stadium Likas, malam ini.

Katanya, sebagai pemain mereka perlu menunjukkan persembahan terbaik terutama apabila  melibatkan perlawanan tahap tertinggi yang julung kali disertai pasukan bola sepak dari Malaysia.

“Sebagai pemain, yang penting adalah menunjukkan satu persembahan yang baik kerana ini adalah tahap tertinggi untuk bola sepak wanita Malaysia yang mana Sabah FA mempersembahkan Malaysia di Liga Juara-Juara Wanita AFC 2024 / 2025.

“Jadi bagi saya ini adalah satu peluang yang bagus dan saya bersama pemain yang lain, kita semua akan masuk ke dalam permainan pada 28 Ogos ini dengan penuh semangat dan akan memberikan 100 peratus, malah lebih lagi demi kemenangan pasukan,” katanya.

Steffi berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Jurulatih pasukan bola sepak wanita Sabah, Justin Ganai di Stadium Likas baru-baru ini.

Beliau bersama seorang lagi pemain bola sepak wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Intan Serah adalah antara pemain yang dibawa masuk bagi menguatkan pasukan Sabah FA.

Steffi berkata, pasukan Sabah FA perlu menang bagi menduduki tangga teratas berikutan perlawanan kumpulan itu hanya yang berada di atas layak ke pusingan seterusnya.

Sabah FA bakal berdepan APF FC dari Nepal di Stadium Likas, bermula jam 8 malam ini, sebelum disusuli perlawanan kedua menentang PFC Nasaf dari Uzbekistan pada 31 Ogos ini.

Steffi berkata, walaupun tempoh latihan terlalu singkat memandangkan baru seminggu tiba di Kota Kinabalu untuk membantu Sabah FA, ia bukan alasan untuk memberikan persembahan terbaik mereka.

Beliau mengakui, persediaan yang baik memerlukan sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu latihan bersama pasukan baharu bagi memahami corak permainan masing-masing dan mendapatkan keserasian dalam pasukan.

“Tapi itu bukan satu alasan, bagi saya kita mesti kena cari jalan untuk mengatasi cabaran ini dalam beberapa hari latihan singkat sebelum perlawanan untuk membina pasukan yang baik.

“Seperti saya katakan, ini adalah perlawanan tahap yang tinggi untuk pasukan bola sepak wanita Malaysia, jadi saya fikir bukan saya saja, malah semua pemain seluruh Malaysia menunggu untuk menyaksikan perlawanan ini,” katanya.

Selain Steffi dan Intan Serah, Sabah FA turut membawa masuk tiga pemain import bagi menguatkan pasukan iaitu Eri Narita dan Misaki Nakayama dari Jepun serta Win Theingi Tun dari Myanmar selain turut mendapatkan khidmat penjaga gol wanita nombor satu Malaysia, Nurul Azurin Mazlan bagi mengukuhkan pertahanan pasukan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee tidak teruskan tugas bersama Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular