HomeUtamaHarap lebih banyak usaha bantu pemain industri untuk memodenkan sektor pertanian di...

Harap lebih banyak usaha bantu pemain industri untuk memodenkan sektor pertanian di Sabah -Hajiji

Read Time:35 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah berharap lebih banyak langkah dan usaha yang diambil bagi membantu pemain industri selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memodenkan sektor pertanian di Sabah.

Demikian kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya petang tadi.

“Pada pertemuan ini, pelbagai perkara telah kami bincangkan khususnya mengenai industri perusahaan perladangan serta komoditi Sabah.

“Perbincangan ini juga menjurus kepada semua aspek terutamanya dalam usaha untuk membangunkan dan mengukuhkan lagi industri ini,” katanya.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Bacho Jansie dan Ketua Wilayah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Sabah, Yakup Ibarahim.

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular