HomeSukan34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kuala Penyu : Sebanyak 34 pasukan telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu 2024 yang berlangsung selama dua hari di Dewan Muhibah Kampung Kerukan di sini.

Kejohanan yang berakhir semalam itu mempertandingkan dua kategori iaitu Senior sebanyak 26 pasukan dan kategori bawah 15 tahun sebanyak lapan buah pasukan.

Perasmian kejohanan disempurnakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahaya.

Dalam ucapannya, Yazri berkata, pihaknya merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur atas inisiatif penganjuran kejohanan itu.

“Kejohanan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemain sekitar kawasan Kuala Penyu selain mencungkil bakat-bakat yang ada.

“Saya berharap agar aktiviti sebegini akan lebih ramai belia dapat menyertai dan menggalakkan lebih banyak aktiviti untuk belia dalam komuniti khususnya di daerah Kuala Penyu,” katanya.

Terdahulu, bagi kategori Senior, pasukan Tunon berjaya menjuarai kejohanan itu dengan membawa pulang hadiah wang tunai dan tempat kedua serta ketiga secara bersama masing-masing dimenangi pasukan KSTD’M Manuk-Manuk dan Lepaking A serta KSTD’M Im Team.

Bagi kategori 15 tahun, pasukan MDG B berjaya menjuarai kejohanan itu dengan membawa pulang hadiah wang tunai dan tempat kedua serta ketiga secara bersama masing-masing dimenangi pasukan Eyakie TT Junior dan Kilugus Junior serta Pulapol.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ak Mohd Yazri

Terdahulu, kejohanan itu dianjurkan Biro Sukan KRT Kg Kerukan bersama Pemuda UMNO P.177 Beaufort. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular