HomeIsu tempatanJPP PKK main peranan penghubung pengurusan, pelajar

JPP PKK main peranan penghubung pengurusan, pelajar

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) sesi 2025 diseru memainkan peranan sebagai medan penghubung antara pengurusan PKK dengan pelajar.

Pengarah PKK, Md Nor Abdul Halim berkata, JPP perlu bertindak secara professional dalam kerangka perancangan yang terarah secara strategik.

Katanya, ia adalah bagi merealisasikan kepercayaan yang diberikan oleh majoriti pelajar dan pengurusan PKK.

“Peluang untuk menduduki tempat dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar hendaklah dianggap sebagai suatu cabaran dan kewajipan dan bukannya keistimewaan.

Kewajipan menuntut ketelusan dan akauntibiliti dan melalui platform JPP anda sekalian belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan pada masa yang sama mempelajari selok-belok kepimpinan dalam erti kata yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPP PKK di sini semalam.

Md Nor berkata, beliau percaya JPP mampu merealisasikan kepercayaan dan mandat yang telah diberikan dengan profesionalisme gerak kerja, kematangan tindakan dan kepintaran perancangan.

Pada majlis penyerahan watikah itu, Muhammad Daniel Hakim Abudus telah dilantik sebagai Yang Dipertua JPP PKK bagi lantikan sesi 2025/2026.

Hakim, 19, merupakan pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Awam, mengetuai barisan 33 JPP lain yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab portfolio masing-masing.

“Sebagai pemimpin pelajar, kami sentiasa berusaha untuk menjadi perantara antara pihak pentadbiran dan mahasiswa, dengan memastikan setiap suara didengar dan kebajikan semua dijaga,” katanya.

Tambahnya, JPP komited dalam menjalankan pelbagai inisiatif serta program yang mampu meningkatkan pengalaman akademik dan kokurikulum mahasiswa di institusi ini.

Sementara itu, jawatan Naib Yang Dipertua 1 disandang oleh pelajar jurusan Diploma Pengurusan Logistik & Rantaian Bekalan, Pugalenthen A/L Sankaran manakala Eva Morganna Anak Spencer pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Awam Naib Yang Dipertua 2.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Akademik Abdul Razak Mohd Daim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Muhammaddin Mohd Jair dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kasmawati Senawing.

Pilihan Raya Kampus PKK telah diadakan pada 5 Februari dan jumlah peratusan mengundi adalah 2814 pengundi bersamaan 92 peratus lebih tinggi dari sebelumnya. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KYS sumbang bantuan tunai kepada 130 golongan asnaf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular