HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda

Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menahan dua bot nelayan di perairan Kudat kerana melakukan aktiviti menarik pukat tunda kurang tiga batu nautika dari daratan.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, penahanan terhadap kedua-dua bot terbabit adalah hasil daripada maklumat yang diterima daripada SWASLA Sabah awal pagi tadi.

Katanya, aset ronda Zon maritim Kudat segera diatur gerak ke lokasi sebaik menerima laporan berkenaan. 

“Sebuah bot pukat tunda telah berjaya dikesan di kedudukan sekitar 1.5 batu nautika tenggara Tanjung Tambuluran, Kudat manakala sebuah bot lagi yang juga merupakan bot pukat tunda dikesan di lokasi sekitar 0.88 batu nautika barat laut Tanjung Bangau.

“Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua bot terbabit mendapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menarik pukat tunda kurang tiga batu nautika daripada daratan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jelas beliau lagi, seramai 10 individu yang mengendalikan kedua bot berkenaan turut diperiksa terdiri daripada dua orang warganegara tempatan merupakan tekong, manakala lapan orang lagi warga Indonesia berumur lingkungan 27 hingga 56 tahun.

Katanya, semua yang diperiksa memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Tambahnya, bot bersama kru seterusnya ditahan dan diiring ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti menangkap ikan iaitu menarik pukat tunda dibawah tiga batu nautika daripada daratan berhampiran,” katanya.

Laporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KYS sumbang bantuan tunai kepada 130 golongan asnaf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular