HomeIsu tempatanLima Buah Rumah Dibaikpulih Dibawah PJM

Lima Buah Rumah Dibaikpulih Dibawah PJM

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan beberapa Projek Jiwa Murni (PJM) di seluruh negara membabitkan bantuan kepakaran daripada Tentera Darat (TD) kepada awam.

Program yang diselia Jawatankuasa Civil Military Cooperation (CIMIC) KEMENTAH itu diteruskan dengan melaksanakan baik pulih lima buah rumah di Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Divisyen Kelima Infantri (5 Div) Kem Lok Kawi berkata, projek itu diatur gerak sejak 30Ogos lalu dan dijangka tamat 8 Oktober ini.

Katanya, ia dijalankan menerusi pasukan Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD) dan pasukan naungan bawah 5 Div yang lain diatur gerak bersama aset TD terlibat.

“Projek baik pulih ini melibatkan dua buah rumah di Kota Kinabalu dan dua buah rumah di Kinabatangan serta sebuah rumah di Tuaran.

“Pasukan 5 Skn RAJD telah melaksanakan tinjauan ke beberapa lokasi seperti berikut untuk mengenalpasti kos dan skop kerja sebenar berdasarkan kepada peruntukan yang disediakan,” katanya.

Katanya, salah sebuah Projek Khas PJM Kementah Baik Pulih Rumah adalah milik Osman Abdullah yang merupakan veteran ATM di Kampung Tambalang Laut Pantai Dalit Tuaran, Sabah.

“Jangka masa baik pulih bagi projek ini adalah dua minggu iaitu dari 09 September lalu  sehingga 25 September.

“Antara baik pulih yang dilaksanakan adalah membaikpulih beranda rumah, menukar kerangka bumbung yang reput dan bumbung yang bocor serta menukar papan dinding yang reput dan lantai rumah. Di samping menukar siling yang rosak dan kerja-kerja mengecat,” katanya.

Katanya, pelaksanaan PJM ini bertujuan untuk membentuk jalinan kerjasama antara TD bersama penduduk setempat sekali gus dapat memberi sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat setempat.

Tambahnya, aktiviti seumpama ini juga dapat mengekalkan hubungan antara TD dengan awam seperti mana yang digariskan dalam Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular