HomeIsu tempatan'Terima Kasih Kerana Ziarah Bapa Saya' - Zattilina

‘Terima Kasih Kerana Ziarah Bapa Saya’ – Zattilina

Read Time:1 Minute, 16 Second

INANAM : “Terima kasih kerana sudi melawat bapa saya yang kini sakit,” kata Zattilina Robert,37,selepas dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim di rumahnya semalam.

Zattilina bersama keluarganya yang berasal dari Kampung Bahab Tenghilan kini menetap di Kampung Bantayan Inanam.

Katanya, bapanya Robert Laus,60, kini menghidap penyakit Diabetes menyebabkan buah pinggang bapanya turut rosak selain mengalami masalah untuk membuang air kecil.

“Kami sekeluarga amat menghargai lawatan Datuk Jahid dan kehadiran beliau merupakan berkat buat kami sekeluarga.

“Bapa saya perlu diberikan suntikan Insulin setiap hari serta ubatan lain yang juga memerlukan kos berbeza.  Sejak diserang strok, bapa saya memang tidak lagi boleh bercakap dengan normal seperti dulu, tetapi masih boleh mendengar dan memahami apa yang orang cakap,” katanya.

Justeru, beliau mengambil inisiatif untuk menghubungi wakil rakyat Tamparuli menerusi laman sosial Facebook, dan mengadu masalah mereka, dengan harapan mendapat balasan pemimpin berkenaan.

Atas rasa prihatin kepada rakyat, Jahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim mengambil kesempatan menziarahi Robert dan keluarganya selepas menerima makluman melalui laman Facebook.

Katanya, beliau memuji keprihatinan serta tanggungjawab Zattilina kepada keluarga, dan menganggapnya sebagai contoh yang baik kepada masyarakat.

“Saya mengenali keluarga Robert, malah kerap juga bertandang ke rumah ibu bapanya di Tenghilan jika ada majlis atau kesusahan, mendengar permasalahan ini, saya mengarahkan pegawai saya untuk berhubung dengan Zattilina,” katanya.

Sebelum berangkat, Jahid menasihati anak-anak Robert untuk sentiasa menjaga ibu bapa mereka dan sentiasa kuat semangat dalam menempuhi kehidupan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk wang tunai kepada Robert.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya