HomeIsu tempatanUMS Pastikan Pelajar Selamat Kembali Ke Kampus

UMS Pastikan Pelajar Selamat Kembali Ke Kampus

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil pelbagai langkah bagi memastikan para pelajar yang kembali ke kampus berada dalam keadaan selamat.

Ia selaras dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang membenarkan pelajar berkeperluan untuk kembali ke kampus.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, antara langkah tersebut adalah dengan membangunkan sistem aplikasi UMS Shields bagi tujuan pengesanan tahap kesihatan pelajar yang akan tinggal di asrama.

“Sistem aplikasi yang dibangunkan kumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM) ini diguna pakai di kampus induk Kota Kinabalu, Kampus Cawangan Sandakan dan Kampus Antarabangsa Labuan.

“Sistem aplikasi berasaskan web ini mampu membantu mengenal pasti risiko seseorang berdasarkan gejala dan sejarah pendedahan yang hanya membenarkan individu memasuki dan bekerja di UMS sekiranya berisiko rendah.

“Selain itu, sistem ini juga digunakan bagi pemantauan gejala harian serta pemantauan kendiri oleh semua pelajar yang kembali dan menetap di asrama kampus,” katanya.

Menurut Taufiq, sistem tersebut juga dipantau oleh Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan COVID-19 (PKTC) UMS bagi pengesanan awal gejala dan pengasingan pelajar untuk mencegah penularan wabak yang cepat dalam persekitaran asrama.

“Sistem aplikasi ini juga mempunyai satu modul dikenali sebagai UMS Passport yang berfungsi mengesan lokasi seseorang sepanjang berada dalam kampus, dan sistem ini juga boleh beroperasi bersama aplikasi Smart Hadir yang dibangunkan untuk membantu pendaftaran kehadiran para pelajar di kelas menggunakan pengimbasan kod QR.

“Dengan pengesanan lokasi individu, modul UMS Passport ini boleh membantu pihak PKTC UMS dalam melakukan pengesanan kontak sekiranya terdapat kes positif di kalangan pelajar dan staf,” ujar Taufiq.

Sejumlah 5,268 pelajar termasuk 13 pelajar dari luar negara telah disenaraikan sebagai pelajar berkeperluan untuk kembali ke kampus, melibatkan 4,847 pelajar di kampus Kota Kinabalu, 219 di Kampus Antarabangsa Labuan dan 202 di kampus Cawangan Sandakan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya