HomeUtamaPICK : 48,461 Individu Di Sabah Telah Menerima Dos Penggalak

PICK : 48,461 Individu Di Sabah Telah Menerima Dos Penggalak

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Seramai 48,461 individu yang layak telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 di Sabah sejak dimulakan bulan lalu membabitkan petugas barisan hadapan dan individu berusia 60 tahun ke atas.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pemberian dos penggalak itu juga kini mula dibuka kepada semua individu yang memenuhi kriteria dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

“Setakat ini Sabah telah memberikan dos penggalak kepada 48,461 orang penerima yang terdiri dalam kalangan petugas barisan hadapan dan individu berusia 60 tahun.

“Bagi mereka yang berusia 40 tahun dan memenuhi kriteria juga boleh menerima dos penggalak selain boleh datang terus ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada atau fasiliti kesihatan yang berhampiran untuk mendapat dos penggalak,” katanya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Pemberian Dos Penggalak Vaksin COVID-19 kepada petugas media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Shahelmey berkata, kriteria yang ditetapkan bagi mendapatkan dos penggalak adalah penerima perlu lengkap divaksinasi dan melebihi tempoh enam bulan bagi vaksin Pfizer dan tiga bulan bagi menerima vaksin Sinovac.

“Pada hari ini seramai 140 orang petugas media hadir menerima dos penggalak mereka yang mana diberikan vaksin jenis Pfizer yang utama namun bagi mereka yang alergi akan diberikan vaksin jenis Sinovac sebagai pilihan.

“Kita melihat petugas media adalah sebahagian daripada petugas barisan hadapan kerana media sentiasa bertugas dalam kelompok yang agak ramai, jadi eloklah petugas media mendapatkan dos penggalak bagi meningkatkan daya ketahanan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, PPV SICC akan beroperasi sehingga akhir bulan ini namun pemberian vaksin akan diteruskan di semua fasiliti kesihatan di seluruh negeri.

“SICC adalah PPV swasta jadi ia dibuka sehingga akhir bulan ini dan seterusnya pemberian vaksin diberi di fasiliti kesihatan atau pun klinik dan hospital swasta yang menjadi panel kepada program pemberian vaksin.

“Terdapat 76 PPV di seluruh Sabah dan lima hospital swasta yang turut memberi khidmat memberi vaksin secara percuma kepada rakyat di Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular