HomeIsu tempatanBomba Sandakan Potong Cincin Tersekat Di jari Remaja Lelaki

Bomba Sandakan Potong Cincin Tersekat Di jari Remaja Lelaki

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tugas sebagai anggota bomba bukan sahaja memadam kebakaran tetapi juga bertindak sebagai penyelamat dalam apa juga keadaan termasuklah usaha memotong cincin yang tersekat di jari seorang remaja dalam satu kejadian di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan pada Ahad (14 November 2021).

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara dalam satu kenyataan media hari ini, pihak Bomba Sandakan menerima panggilan kecemasan dari Hospital Duchess Of Kent, Sandakan pada Ahad (14 November 2021), jam 10.08 malam, memohon bantuan untuk memotong cincin tersekat di jari seorang remaja lelaki.

Pasukan Bomba memotong cincin yang tersekat di jari mangsa remaja lelaki tersebut dengan mengguna pemotong khas di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan pada Ahad malam. – Foto Ihsan JBPM Sandakan.

“Sebaik sahaja sepasukan anggota Bomba tiba di lokasi kejadian, mendapati sebentuk cincin telah tersekat di jari manis kanan seorang mangsa remaja lelaki tersebut dan menyebabkan jarinya membengkak.

Cincin yang tersekat berjaya dipotong dan dikeluarkan dari jari mangsa remaja lelaki tersebut di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan pada Ahad malam.Foto Ihsan JBPM Sandakan.

“Pasukan Bomba bertindak memotong cincin tersebut menggunakan peralatan khas dan cincin berjaya dipotong serta dikeluarkan dari jari mangsa. Operasi ditamatkan pada jam 10.40 malam”, katanya .

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular