HomeUtamaTujuh Kontraktor Diselamatkan Maritim Malaysia

Tujuh Kontraktor Diselamatkan Maritim Malaysia

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Tujuh kontraktor berjaya diselamatkan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu selepas bot besi yang dinaiki karam dalam kejadian di perairan Kimanis di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada jam 12.06 tengah hari itu, salah seorang mangsa membuat panggilan kecemasan ke talian MERS 999 untuk meminta bantuan.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, mangsa memaklumkan sebuah bot besi telag karam sepenuhnya manakala sebuah lagi bersama tujuh penumpang hampir karam.

“Salah seorang daripada mangsa telah menghubungi MRSC Kota Kinabalu memaklumkan insiden sebuah bot besi yang berukuran empat meter telah karam sepenuhnya, manakala bot kedua yang berukuran 10 meter hampir tenggelam.

“Operasi CARILAMAT telah diaktifkan pada jam 12.45 tengah hari tadi dan Kapal Maritim (KM) Ikhlas serta bot Pengawal 39 telah diarahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Rosli berkata, pengadu bersama enam lagi kru telah diarahkan oleh petugas MRSC Kota Kinabalu untuk memakai jaket keselamatan sementara menunggu bantuan tiba.

“Ketika diselamatkan pada jam lebih kurang 1.42 petang tadi, kesemua mangsa sedang berdiri di atas bot yang hampir tenggelam.

“Kesemua mangsa merupakan kontraktor bagi kerja-kerja pemasangan di perairan Kimanis dan mangsa seterusnya telah dibawa ke Jeti Maritim, Sepanggar.,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Ko-Nelayan berjaya capai prestasi pembangunan, inisiatif sepanjang 2023

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya