HomeUtamaKekurangan Pelajar Berterusan, Kptm Semporna Tutup Tahun Depan

Kekurangan Pelajar Berterusan, Kptm Semporna Tutup Tahun Depan

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) cawangan Semporna yang ditutup mulai tahun depan berpunca daripada kekurangan kemasukan pelajar yang berterusan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun MARA adalah agensi kerajaan, namun KPTM Semporna terpaksa menanggung semua operasinya sendiri.

“Kita sebenarnya serba salah juga mengenai isu ini kerana ia adalah tempat pelajar-pelajar bumiputra belajar.

“Namun kita terpaksa melihat perkara ini (penutupan) ekoran tidak mencukupi sasaran pelajar. Kapasiti KPTM Semporna ini mempunyai kapasiti 600 orang namun sekarang kita hanya memiliki 169 pelajar sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Cadangan Pembangunan Kondominium Signal Hill yang disempurnakan olej Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Selain itu menurut Mahdzir, KPTM juga tidak mempunyai peruntukan dari kerajaan dan perlu membayar sendiri gaji kakitangan termasuk tenaga pengajarnya yang membabitkan kos operasi yang tinggi.

Ditanya mengenai status pelajar yang masih berada di KPTM Semporna, Mahdzir menjelaskan, penuntut sedia ada akan menamatkan pengajian secara berperingkat.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya