Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Seorang pekerja wanita sebuah pusat asuhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Tertuduh, Siti Nazwa Binti Ahadin, 25, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Hurman Hussain selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Dia didakwa menganiayai kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal pada 16 Januari lalu di sebuah Pusat Asuhan di 16.1.2026 di Pusat Asuhan di University Utama Condominium Telipok, dekat sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 8 Jun depan sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan.
Tertuduh yang diwakili peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua orang penjamin tempatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim.
Untuk rekod, seorang wanita yang merupakan majikan tertuduh, telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menjalankan perniagaan Taman Asuhan Kanak-Kanak yang tidak didaftarkan.
BERITA BERKAITAN:
https://sabahmedia.com/2026/05/08/wanita-didakwa-jalankan-pusat-asuhan-tidak-berdaftar/



