Pelan Tindakan Keharmonian Perusahaan Nasional (PETIK) telah dibentuk bagi meningkatkan keharmonian dalam syarikat secara khusus dan mencerminkan keharmonian perusahaan negara secara umumnya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa cakna berkenaan fenomena El Nino dan Monsun Timur Laut, yang dijangka berlaku serentak pada November ini.
Juara Mentor 5, Salma Asis dan Naib Juara ‘One in a Million’ musim ketiga, Esther Applunius antara artis yang akan membuat persembahan pada Majlis Jamuan Negeri, Sabtu ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Program Iqra Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi membantu meringankan beban kewangan dan memudahkan urusan mahasiswa berstatus B40 atau asnaf.
Pemain Sabah FC perlu kekal fokus bagi menghadapi perlawanan akan datang meskipun berjaya menewaskan PSM Makassar 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Gianyar, Bali semalam.
Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan aktiviti seperti Pesta Tanglung yang boleh menguatkan lagi semangat kekitaan dan bertolak ansur dalam masyarakat.
Gol minit akhir Farhan Roslan berjaya membantu Sabah FC menang bergaya 5-0 ke atas PSM Makassar dalam aksi kedua Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menghubungi Dr Muhammad Akmal Salleh berhubung dakwaan mengenai kewujudan kartel beras di negara ini.
Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Rasmi Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin Sabtu ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini dalam proses melaksanakan sesi libat urus bagi mengkaji keperluan mewujudkan kerangka dasar dan perundangan yang lebih komprehensif khususnya dalam pengurusan bencana negara.