Cadangan Laksana Ibadah Korban Aidiladha Di Sabah Sedang Diperincikan – Mohd Arifin

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa agama di Sabah akan mengadakan perbincangan bersama pihak terbabit berhubung pelaksanaan ibadah korban Aidiladha tahun ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya perlu meneliti pelbagai aspek dan cadangan sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa COVID-19 negeri Sabah.

“Meskipun kita lihat terdapat trend penurunan jumlah kes harian COVID-19 di Sabah ketika ini namun ia perlu dilihat dari pelbagai aspek.

“Kita sedang memperincikan cadangan dan perkara berkaitan ibadah korban tahun ini dalam perbincangan bersama agensi terbabit,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini petang ini.

Mohd Arifin berkata, selepas itu pihaknya akan mengemukakan cadangan berhubung ibadah korban kepada Jawatankuasa COVID-19 negeri untuk dinilai secara menyeluruh

“Selepas itu barulah ia akan diumumkan oleh pihak berkenaan,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *