HomeSukanSAFA Ucap Takziah Pemergian Mendiang Ayah James Wong

SAFA Ucap Takziah Pemergian Mendiang Ayah James Wong

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) merakamkan ucapan takziah kepada bekas penyerang skuad negara, Datuk James Wong atas pemergian ayahandanya mendiang Wong Hean Ming, baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Agungnya Azman Mastar berkata, pihak persatuan turut bersimpati dengan keluarga mendiang khususnya James atas pemergian ayah tersayang.

Katanya, Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan seluruh warga SAFA mengucapkan takziah kepada James dan keluarganya.

Menurut Azman, pengorbanan dan kejayaan mendiang Wong membentuk tiga anaknya menjadi pemain kebangsaan sebelum ini adalah sangat dihargai.

Tiga pemain itu termasuk penyerang sensasi James Wong selain Tony Wong dan Harry Wong.

“James Wong merupakan striker yang mengharumkan nama negara apabila berjaya membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain mereka, tiga lagi adiknya Vincent, Johnny dan Freddy Wong pernah mewakili skuad negeri pada masa lalu.

“Pembabitan keluarga Wong ini dalam sukan bolasepak baik dalam negeri mahu pun negara sangat mengkagumkan dan kita sangat menghargai serta mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih,” kata beliau.

Azman berharap James dan keluarganya bersabar di atas pemergian mediang.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya