HomeSukanThe Rhinos Buru 3 Mata Di Likas

The Rhinos Buru 3 Mata Di Likas

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Ketua Jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto menuntut aksi tiga mata daripada pemain-pemain “The Rhinos” apabila melayan Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas malam ini.

Menurut Kurniawan perlawanan menentang Penang FC adalah aksi yang sangat penting dalam memperbaiki kedudukan liga skuad kepulauan Borneo tersebut.

“Berbaki empat game lagi kita harus dapat hasil yang maksimal kerana persaingan di Liga Super sangat sengit.

“Jadi saya minta kepada semua pemain untuk fokus, bermain bermati-matian untuk memenangi setiap perlawanan bermula dengan aksi menentang Penang FC.

“InsyaALLAH, saya akan turunkan keseluruhan pemain terbaik kita kerana ketika ini tiada pemain yang cedera dan semua pemain bersiap sedia untuk bermain,” kata Kurniawan.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan media selepas sesi latihan petang Sabtu.

Pada masa sama Kurniawan memuji komitmen beberapa pemain muda Sabah yang mempamerkan kualiti permainan terbaik ketika diberikan tanggungjawab menggalas cabaran skuad badak.

“Kami melihat potensi dalam kalangan pemain muda Sabah cukup bagus sehingga mereka dibawa berlatih bersama team senior sekaligus mereka mendapat pengalaman minit perlawanan di Liga Super.

“Bagaimanapun kita sangat hati-hati dalam menurunkan pemain-pemain muda ini kerana harus tepat timingnya sebab saya tidak mahu menurunkan mereka pada ketika mereka tidak bersedia untuk perform yang kemudiannya akan menjejaskan mental dan psikologi mereka.

“Jadi kita betul-betul sangat hati-hati dan mencari timing yang tepat untuk menurunkan pemain muda Sabah agar mereka mendapat pendedahan dan pengalaman kompetitif selain minit bermain,” katanya.

Skuad kendalian Kurniawan kini mengumpul 19 mata selepas mengharungi 18 perlawanan hasil empat kemenangan, tujuh seri dan tujuh kekalahan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya