Adaptasi Pandemik, Berkhemah Secara Maya

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini telah menyebabkan pelbagai sektor ditutup termasuklah sekolah, institusi pengajian, sektor pelancongan dan rekreasi. Tidak dinafikan pandemik membataskan pergerakan apatah lagi mengadakan program secara bersemuka.

Jika sebelum ini, sebut saja perkhemahan pasti terkait dengan hutan, bukit dan unggun api. Rindu apabila mengenang pengalaman berkhemah bersama rakan-rakan. Namun, semua itu mustahil dilaksanakan ketika pandemik ini. 

Kerinduan terubat apabila sebuah Badan Bukan Kerajaan, YOSH MyFundAction Sabah menganjurkan program berkhemah secara maya baru-baru ini yang disertai 43 orang peserta belia dari pelbagai latar belakang pendidikan. Kebanyakan mereka merupakan peserta dari Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia.

Program Gen-Z Virtual Campfire ini bertujuan untuk mengembangkan potensi belia melalui kemahiran insaniah, dan kemahiran komunikasi yang sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri para peserta. Selain itu juga, sepanjang kem ini berlangsung, para peserta juga diberi peluang untuk bebas mengutarakan pendapat dan idea masing-masing.

Lebih menyeronokkan, perkhemahan ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya ‘Virtual Run’ , bengkel Bahasa Mandarin, dan bengkel perniagaan. Para peserta bukan sahaja didedahkan dengan bahasa Mandarin malahan mereka juga dibimbing secara praktikal untuk memulakan perniagaan tanpa modal.

“Saya sebenarnya tidak petah bercakap. Namun, atas bimbingan mentor dalam program ini, telah banyak mendorong saya untuk berani untuk bercakap dan mengutarakan pendapat” katanya lagi. 

Siti Masrurah juga memaklumkan, pada awalnya dia hampir tidak mendaftar program secara maya ini disebabkan masalah kewangan. Atas sokongan dan dorongan dari mentor YOSH menyebabkan dia akhirnya berjaya mendaftar di saat-saat akhir sebelum pendaftaran ditutup.

Sahrul Nizam, 20 pula berkata, ini merupakan program perkemahan secara maya yang paling seronok dan unik baginya.

Saya sudah tidak sabar untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain mengenai apa yang saya peroleh sepanjang mengikuti program ini. Saya ingin mereka juga merasa keseronokan seperti yang saya rasakan. ”

Peserta tunggal dari Sarawak, Liew Bed, 18, pula berkata  program ini dapat memberinya semangat dan menjadikan beliau kekal aktif sepanjang berada di rumah. 

“Saya juga berharap saya dapat mengekalkan momentum rajin ini jika saya dapat masuk ke universiti kelak.” katanya lagi. 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *