COVID-19: 2,430 Kes Baharu Di Sabah, 38 Kematian

Kes harian positif COVID-19 di Sabah susut hari ini tetapi masih tinggi dengan 2,430 kes baharu selain 38 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu Sandakan dan Keningau mencatatkan tujuh kes, Kota Kinabalu enam kes, Penampang dan Tawau empat kes manakala Semporna, Pitas, Papar, Kudat, Kalabakan, Beaufort, Kuala Penyu, Tuaran, Kota Belud dan Lahad Datu masing-masing mencatatkan satu kes.