HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Negeri & Persekutuan Laksana Beberapa Pakej Bantu Rakyat...

DUN Sabah : Kerajaan Negeri & Persekutuan Laksana Beberapa Pakej Bantu Rakyat Terjejas Pandemik COVID-19

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri dan Persekutuan telah melaksanakan beberapa pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi serta menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata,ia termasuklah Pakej Rangsangan Ekonomi Sabah, dana Bantuan Prihatin COVID-19 Sabah dan pembukaan sektor-sektor ekonomi secara berfasa oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Persekutuan turut melaksanakan beberapapa pelan pemulihan ekonomi untuk rakyat.

“Antaranya seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Saya optimis usaha-usaha tersebut akan membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 disini hari ini.

Tun Juhar turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas perhatian,sokongan dan bantuan yang diberikan kepada Sabah termasuk dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.

Katanya, peruntukan besar yang diberikan kepada negeri ini yang berjumlah RM5.1 bilion di bawah Belanjawan Negara 2021 untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan, termasuk pelbagai bantuan bagi menangani pandemik COVID-19, mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap negeri Sabah dan rakyat keseluruhannya.

“Bagi Pakej Bantuan Prihatin COVID-19 Sabah 2.0 dan Pakej Bantuan Prihatin COVID-19 Sabah 3.0, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM324 juta bagi membantu rakyat dan semua sektor yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Bantuan ini merangkumi bantuan tunai secara one-off, pengecualian bayaran sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR), program imunisasi dan bantuan bakul makanan,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Juhar berkata, kerajaan telah menyasarkan 60 peratus penduduk dewasa Sabah akan lengkap divaksinasi menjelang penghujung bulan September ini dan 80 peratus penduduk dewasa Sabah akan lengkap di vaksinasi pada akhir bulan Oktober depan.

“Dengan komitmen penghantaran bekalan vaksin oleh Kerajaan Persekutuan serta kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri dan pelaksanaan program outreach luar bandar yang berkeupayaan memberi suntikan vaksin kepada lebih 80,000 individu sehari, saya yakin sasaran berkenaan akan dapat dicapai.

“Saya berharap penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksinasi sebelum akhir tahun 2021,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya