HomeIsu tempatanSabah Iktiraf Kegiatan Amal NGO Kepada Masyarakat

Sabah Iktiraf Kegiatan Amal NGO Kepada Masyarakat

Read Time:1 Minute, 27 Second

TAMPARULI: Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf kegiatan amal yang diadakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) kepada masyarakat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kerajaan Negeri memandang tinggi kerja-kerja kesukarelawan yang dilaksanakan oleh mana-mana NGO di negeri ini,  yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Katanya, Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) selama ini telah mengabdikan diri mereka kepada masyarakat tanpa sebarang bayaran, dan ianya merupakan satu contoh terpuji.

“Persatuan ini wajar dipuji kerana selama ini mereka telah menjalankan khidmat dengan menyampaikan informasi terkini dan pengetahuan mengenai penyakit Kanser kepada masyarakat tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

“Tahniah juga kepada Lawrence sendiri, yang telah mendapat pengiktirafan dengan menerima kurniaan pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK) oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kesedaran Kanser, anjuran PSKS di perkarangan Surau Kampung Botung, sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Botung, Florence Ho.

Justeru, mewakili pimpinan daerah dan pimpinan negeri, Jahid turut mengucapkan terima kasih kepada PSKS dan semua NGO yang selama ini telah bekerja secara sukarela kepada masyarakat.

“Hari ini, penduduk Kampung Botung sangat bertuah kerana daripada ribuan kampung di kawasan Tuaran, kampung mereka telah terpilih sebagai lokasi mengadakan kempen seperti ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Jahid turut meluluskan peruntukan bantuan sebanyak RM3,000 kepada PSKS bagi membantu membiayai keperluan persatuan berkenaan.

Terdahulu, Presiden PSKS, Lawrence Imui, berkata, program berkenaan merupakan aktiviti pertama yang diadakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) baru-baru ini.

Katanya, sebagai Penasihat PSKS, sokongan yang diberi oleh Jahid kepada mereka merupakan suntikan semangat dan memberi inspirasi kepada persatuan itu terus berkhidmat kepada masyarakat.

Program Kesedaran Kanser itu dihadiri kira-kira 30 penduduk kampung, terdiri daripada golongan ibu bapa dan remaja wanita.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya