HomeIsu tempatanPenyediaan Tong Sampah Adalah Tanggungjawab Pemilik Rumah/ Premis

Penyediaan Tong Sampah Adalah Tanggungjawab Pemilik Rumah/ Premis

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang giat menggerakkan anggota untuk memberi pemahaman dan penerangan kepada warga bandaraya di taman-taman perumahan berhubung tanggungjawab menyediakan tong sampah yang sesuai kepada pemilik rumah atau premis di sekitar bandaraya.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, di bawah Undang-undang Kecil Conservancy and Hygiene by-laws 1984, adalah menjadi tanggungjawab pemilik rumah atau premis menyediakan tong sampah yang bersesuaian dan bertutup untuk rumah premis yang dimiliki.

Katanya, peraturan ini digariskan bagi memelihara keharmonian, kebersihan dan hak bersama masyarakat agar tidak memberi kemudaratan kepada jiran atau masyarakat lain di satu-satu kawasan.

“Sepanjang aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan pada hari tersebut , anggota turut mengedarkan risalah berhubung panduan penyediaan tong sampah dan kaedah betul membuang sampah dalam tong sampah. Aktiviti ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pertubuhan Kebajikan Azzahra laksana kem remaja tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular