HomeIsu tempatanATB 2 Berjaya Tahan 14 PATI Cuba Masuk Cara Haram Ke Negara...

ATB 2 Berjaya Tahan 14 PATI Cuba Masuk Cara Haram Ke Negara Ini

Read Time:1 Minute, 24 Second

TAWAU: 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang cuba menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tawau berjaya ditahan oleh Pasukan Quick Reaction Force (QRF) di bawah pemerintahan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) pada Rabu.

Komander ATB2 Brig Jen Abdul Karim Ahmad berkata, cubaan masuk PATI ini digagalkan oleh pasukan QRF yang sedang melaksanakan rondaan Op Benteng Bersama pada jam 3.40 petang (12 Jan 2022) menggunakan sebuah pacuan empat roda, telah melihat sebuah bot laju yang mencurigakan telah merapat ke kawasan Jeti Pemunggahan Balak di Kampung Hidayat dekat sini.

“Sedar dengan kehadiran pihak QRF, bot tersebut memecut keluar dari kawasan itu selepas menurunkan penumpang, QRF bertindak mengepung dan menahan kesemua penumpang yang dipercayai PATI.

“Hasil pemeriksaan awal terhadap 14 penumpang itu mendapati mereka merupakan warganegara Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan cuba memasuki Malaysia secara haram melalui perairan Tawau,”katanya.

Menurut Abdul Karim, mereka terdiri daripada empat lelaki dewasa berusia 20 hingga 53 tahun, enam wanita dewasa berusia 17 hingga 69 tahun serta tiga kanak-kanak lelaki berusia tiga hingga sembilan tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui bersama barang persendirian.

“Mereka dimaklumkan telah menaiki bot yang telah diaturkan oleh agen dari Pulau Sebatik menuju ke Tawau, dan seterusnya akan diambil oleh agen dari Tawau untuk terus dihantar ke destinasi yang telah ditetapkan,” ujar Abdul Karim.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Kesemua pendatang tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi tujuan soal siasat dan laporan polis untuk tindakan lanjut serta proses saringan COVID-19.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya