COVID-19 : Kes Jangkitan Kembali Dibawah Paras 200

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini kembali turun dibawah paras 200 apabila merekodkan 176 kes seterusnya mencatat 80 kes lebih rendah berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes-kes baharu daripada kluster-kluster aktif hanya merekodkan sebanyak 11 kes.

Katanya, ia melibatkan  tujuh kes daripada Kluster Jalan Pertukangan, Sandakan dan empat daripada Kluster Puri, Ranau dan ini mempengaruhi catatan harian kes baharu yang lebih rendah di negeri ini.

“Terdapat tujuh daerah mencatat kes baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 41 kes (-4), diikuti oleh Penampang dengan 19 (+1), Papar 15 (-3), Tuaran 15 (-13), Beaufort 13 (+7), Sandakan 12 (kekal sama) dan Kota Marudu 11 (+1).

“Tidak ada kes baharu di Kalabakan, Nabawan, Kunak, Telupid, Beluran dan Semporna.,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kedudukan semasa jangkitan COVID-19 di Sabah adalah stabil dan turun naik kes harian secara mendadak banyak dipengaruhi oleh kemunculan kluster-kluster baharu dari masa ke masa.

Katanya, jumlah kes yang direkodkan setiap hari adalah merupakan statistik yang konsisten dimana lebih 98 peratus daripada semua kes baharu berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Vaksinasi telah mengurangkan dengan banyak kes-kes serius akibat jangkitan COVID-19 dan ini telah mengurangkan secara signifikan jumlah pesakit yang perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan.

“Pada hari ini seramai 172 orang daripada 176 pesakit baharu berada dalam Kategori 1 dan 2 yang pada lazimnya tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Dua lagi pesakit berada dalam Kategori 3 dan masing-masing seorang dalam Kategori 4 dan Kategori 5,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *