COVID-19 : Kerajaan Sabah Arah Tutup Sekolah 7 Hari Sekiranya Terdapat Dua Orang Positif

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah memutuskan untuk menutup sekolah serta merta selama tujuh hari sekiranya terdapat penularan kes jangkitan COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tindakan itu adalah bagi melindungi lebih ramai pelajar dan guru daripada terkena jangkitan.

“Berdasarkan situasi semasa di Sabah, kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah serta merta selama tujuh hari sekiranya terdapat sekurang-kurangnya dua orang positif COVID-19 yang melibatkan satu penularan dalaman.

“Ia perlu disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dari kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah yang terbabit,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Masidi berkata, hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja dibenarkan pulang ke asrama (penuh/harian) bagi meneruskan sesi pembelajaran pada 07 Februari 2022.

Pada 28 Januari lalu, Kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah memutuskan untuk melaksanakan penutupan serta-merta 10 buah sekolah yang mencetuskan kluster melibatkan institusi pendidikan di negeri ini.

Namun sehingga semalam sebanyak 15 kluster membabitkan institusi pendidikan melibatkan fasiliti pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus bertambah.

KLUSTER INSTITUSI PENDIDIKAN FASILITI KPM

(Direkodkan bermula 16 Januari 2022)

Kluster Jalan Kepayan Lama Tambunan

Kluster Puri Ranau

Kluster Jalan Pertukangan Sandakan

Kluster Jalan Bypass Kologon Ranau

Kluster Jalan Sri Balung Tawau

Kluster Jalan Teritipan Kota Marudu

Kluster Jalan Kiulu Tuaran

Kluster Jalan Terusun Lahad Datu

Kluster Puri Seberang Keningau, Keningau

Kluster Batu 24 Nabalu

Kluster Jalan Apas Batu Lima Tawau

Kluster Jalan Pendidikan Ranau

Kluster Sungai Batang Batu Sepuluh Sandakan

Kluster Jalan Tandek Kota Marudu

Kluster Jalan Taman Beringin Kota Marudu

KLUSTER INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN FASILITI KPM

Kluster Pandan Pandan Putatan (Madrasah)

Kluster Lorong Api-Api (Kolej)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *