Penyebaran Berita Palsu Antara Penyebab Kadar Vaksinasi Kanak-Kanak Masih Rendah Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Stigma negatif termasuk penyebaran berita palsu di media sosial menjadi antara penyebab kadar vaksinasi kanak-kanak di negeri ini masih rendah.

Ini dapat dilihat apabila segelintir ibu bapa lebih cenderung untuk terpengaruh dengan berita tanpa fakta yang disebarkan melalui media sosial.

Pengarah Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Dr Helen Lasimbang berkata, situasi itu perlu segera ditangani bagi memastikan kadar vaksinasi kanak-kanak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICkids) dapat mencapai sasaran.

“Jika dilihat pada masa ini peratusan vaksinasi kanak-kanak masih rendah, ada banyak sebab kenapa peratusan ini rendah dan antara masalah utama adalah media sosial yang memaparkan berita-berita negatif terhadap vaksin.

“Namun masih ramai yang percaya kepada berita-berita yang tidak ada bukti saintifik.  Jadi ini kita kena tangani dengan segera,” katanya ketika ditemui Sabah Media di Pusat Pemberian Vaksin Intitusi Pengajian Tinggi UMS (PPV IPT-UMS) disini baru-baru ini.

Dr Helen berkata, meskipun berdepan dengan isu penyebaran berita palsu namun pihaknya akan terus membantu kerajaan mempromosikan vaksin kepada orang ramai.

“Jika kita lihat pada awal COVID-19 dahulu dan belum ada pemberian vaksin, begitu ramai yang masuk hospital dan sakitteruk,” katanya.

Sehingga semalam, seramai 55,540 orang atau 13.50 peratus kanak-kanak di Sabah telah menerima vaksinasi bagi dos pertama sejak PICKids dilancarkan di negeri ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *