HomeSukanSabah FC Menang Selesa Di Laman Sendiri

Sabah FC Menang Selesa Di Laman Sendiri

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC berjaya melakar kemenangan selesa seterusnya meraih tiga mata penuh selepas berjaya menewaskan PJ City FC dengan jaringan 3-1 pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Likas malam ini.

Pada awal permainan babak pertama, Sabah FC hampir memperoleh gol awal menerusi percubaan penyerang import Taiki Kagayama pada minit ke-6 namun sepakannya tepat terus kedakapan penjaga gol pasukan pelawat Muhamad Aqil Abdul Razak.

Sembilan minit berselang, pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memperoleh gol pertama hasil tandukan pemain import Sabah FC Jackson De Souza pada minit ke-15 selepas menerima bola hasil sepakan percuma Baddrol Bakhtiar.

Pasukan pelawat yang terkejut dengan jaringan itu kemudian cuba bangkit dan mengatur semula permainan namun tiada yang berjaya disudahkan dengan gol meskipun beberapa kali melakukan cubaan sehingga ke minit akhir perlawanan.

Serangan berterusan Sabah FC ke gawang pasukan pelawat membuahkan hasil apabila berjaya menambah gol kedua hasil jaringan pemain import Neto Pessoa yang menanduk masuk pada minit ke-34 selepas menerima bola hasil hantaran sepakan sudut Baddrol Bakhtiar.

Kegembiraan tuan rumah untuk selesa mendahului dua gol awal sehingga tamat separuh masa pertama tidak kesampaian apabila pasukan PJ City FC berjaya memperoleh gol tunggal hasil jaringan S.Kumaahran pada masa kecederaan menjadikan jaringan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Sabah FC tidak menunggu lama untuk menambah gol ketiga menerusi sepakan percuma pemain import Indonesia Saddil Ramdani pada minit ke-47 membolehkan pasukan tuan rumah mendahului jaringan 3-1.

Pasukan pelawat terus mencari peluang untuk menambah gol menerusi sepakan percuma S.Kumaahran pada minit ke-58 namun sepakannya tinggi terkena palang gawang tuan rumah.

Permainan berakhir pada kira-kira jam 9.30 malam dengan keputusan memihak kepada Sabah FC seterusnya berjaya menebus kekalahan di gelanggang sendiri selepas tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) Jumaat lalu.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular